Friday, October 2, 2009

SUASANA RUMAH TERBUKA DI HOMESTAY MATA AYER







Hari terbuka Homestay Mata Ayer berlangsung dalam suasana yang cukup meriah. tetamu2 yang hadir di hidangkan dengan menu nasi berempah dengan lauk istimewa, kari daging rusa. Daging rusa mempunyai tekstur yang lembuit dan sedap dimakan. Daging rusa yang dihidangkan diperolehi daripada Kedai Cikgu Cha di belakang SK Oran/ atau dibelakang Pasar sehari Mata Ayer (nat Mata Ayer). Kedai tersebut menjadi ejen menjual daging rusa yang diternak di Gerik, Perak.



Rumah terbuka kali ini menerima tetamu dari segenap lapisan dan bangsa. Bagi Alumni SAS 87-91, ia merupakan detik mengembirakan bagi Johanis, Lazman Halim (dari Johor) dan Mohd. Asri apabila dapat bertemu dalam majlis reunion yang tidak formal untuk kawasan utara. Kehadiran Zunnasri juga memeriahkan suasana apabila keempat2 mereka merupakan lepasan graduan UUM konvo 98.

Pada malam tersebut pula, Sdr. Muhammad Shahar dan Mohd Rushdi tiba dengan keluarga masing2. Majlis bersurai kira2 jam 11 malam dengan penuh kemeriahan.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews