Tuesday, December 29, 2009

Restoran Pokok Sawa, hidangan tengah hari yang popular di Perlis


Apa yang menarik tentang restoran ini?
Pada asalnya ia sebuah restoran kecil dibawah sepohon ciku (sawa) yang di usahakan oleh Allahyarhamah Kak Norma dan dibantu promosi oleh salah seorang pekerjanya, juga Allahyarham Pak Man Q.

Restoran ini hanya menyediakan hidangan tengah hari, dan ditutup pada hari Jumaat. Di belakang restoran ini, terletaknya rumah yang juga merupakan pusat pengajian Sunnah (atau kononnya Wahabi) suatu ketika dahulu. Pusat pengajian ini merupakan rumah Tuan Guru Sheikh Noor As-Sururi, antara tokoh yang mula2 bergiat menghapuskan amalan2 yang tiada asas nas dan dalil dalam Islam di negeri Perlis ini. Kini setelah kematian beliau, gerakan yang dipelopori beliau sudah mulai dikenali di peringkat nasional dan mendapat perhatian banyak pihak dalam negara ini kini. Pernah Ustaz Hussein Yee beberapa kali dijemput memberi kuliah di sini (pengurus blog masih ingat, mendengar kuliah ustaz Hussein Yee di atas motosikal). Kuliah pengajian selalunya dibuat pada pagi jumaat setiap minggu.

Kini Ustaz Hussein Yee tidak dapat muncul dalam media elektronik negara kerana beliau juga dituduh Wahabi, namun beliau masih giat menjalankan usaha dakwah di seluruh dunia. Kuliah beliau boleh didapati dalam TVIslam dan boleh ditonton ketika tuan/puan mengerjakan haji di Haramain, Saudi. Itulah antara cabaran berdakwah di Malaysia, selagi para agamawan dikuasai oleh yang bukan ahlinya.

Sedikit catatan tentang tokoh sunnah Perlis:-
Syeikh Noor As-Sururi mendidik anak muridnya agar tidak bertaklid kepadanya tetapi berusaha memahami dalil atau nash yang diberikan. Lazimnya pada sesuatu masalah agama yang ada perselisihan para ulama ahli sunnah, Syeikh Noor akan menjelaskan satu demi satu sebab perselisihan itu lalu beliau memberi tahu sebab yang beliau berpendirian dengan salah satu pendapat serta apakah dalil-dalil yang kukuh yang menyokongnya dan apa sebabnya sesuatu pendapat lainnya menjadi lemah. Semua ini beliau lakukan agar anak muridnya tidak hanya mengikut apa yang di sampai oleh seorang ulama tetapi berusaha untuk memahami permasalahan dengan ilmu bukannya bertaklied. Di dalam mengembangkan perjuangan As-Sunnah walaupun di zaman kegemilangan, di mana telah timbul pengikut As-Sunnah di segenap penjuru negeri Perlis, Syeikh Noor tidak terkecuali menerima cabaran tentangan dari kalangan ‘kaum tua’, dengan menabur berbagai fitnah, cacian dan hinaan. Tempat pengajian As-Sunnahnya berpindah beberapa kali dari Mata Ayer ke Hutan Lembah dan akhirnya beliau menetap di Kampung Kerisik. Di Hutan Lembah beliau menjalankan pengajaran As-Sunnah dengan lebih tersusun dan apabila bertapak di Kampung Kerisik cara pengajarannya lebih bercorak kuliah kerana sambutan terhadap pengajarannya bertambah dari tahun demi tahun pada setiap pagi hari Jumaat hampir seribu anak muridnya berhimpun mendengar kuliahnya. Selain dari tempat yang di sebutkan di atas beliau juga biasa mengajar di Bohor Cicar, Bohor Latih dan Batu 5, Jalan Kuala Perlis. Di waktu itu sesiapa yang ingin mendalami secara lebih terperinci lagi tentang As-Sunnah, hendaklah datang secara bersendiri atau dengan jemaah yang kecil pada hari lainnya.Dari Kangar anak-anak muridnya menaiki bas ke Kampung Kerisik dan apabila sampai ke Kampung Kerisik ada kalanya hanya tinggal pemandu dan penjual tiket bas sahaja kerana yang ramai itu ialah orang yang datang kekelas As-Sunnah di rumah Syeikh Noor As-Sururi.Dua buah bas pada waktu pagi Jumaat itu lazimnya di penuhi oleh sebahagian besar anak muridnya, selain itu ada yang datang dengan kereta dan boleh di lihat deretan kereta yang panjang di sepanjang jalan kerumahnya. Dan di rumah Syeikh Noor inilah tempat pertama bertapaknya Persatuan Al-Islah Negeri Perlis. Beliau biasa di tamatkan tauliah mengajarnya dan perjuangan As-Sunnah yang di kembangkan oleh Syeikh Noor ditentang serta di ragui oleh banyak pihak, antara sebabnya adalah kehalusan cara beliau mengajar atau mengeluarkan nash dan luasnya ilmunya di dalam As-Sunnah. Beliau adalah salah seorang ulama yang paling tinggi pengajiannya di kalangan para ulama As-Sunnah di Perlis pada masa itu, beliau juga adalah seorang mufassirin dan muhadissin. Hasil perkahwinan Syeikh Noor dengan isterinya Fatimah binti Hat telah di kurniakan tiga orang anak; seorang lelaki dan dua orang perempuan. Beliau adalah pengasas Persatuan Al-Islah Negeri Perlis dan sumbangannya di dalam meningkatkan perkembangan As-Sunnah di Perlis merupakan sumbangan yang sangat besar. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1984 pada usia 73 tahun dan di semadikan di tanah perkuburan Islam Kampung Mengulang, Perlis. Semoga Allah merahmatinya dan meletakkannya bersama golongan orang-orang yang soleh. (maklumat lengkap tentang gerakan sunnah di Perlis. klik sini)


Jemputlah ke restoran ini, saksikanlah pengunjung yang sentiasa ramai pada waktu tengah hari, sepertimana ketika dakwah Tuan Guru dahulu. Dan mungkinkah Allah pandang usaha Tuan Guru berdakwah dan tempat ini sentiasa hidup dikunjungi manusia agar usaha dakwahnya tidak dilupai dan diceritakan dari generasi ke generasi.




Bahagian depan restoran dihiasi dengan pokok ciku atau 'sawa'

Kelihatan ramai pengunjung pada pukul 12.30 tengah hari.

Antara hidangan kampung selera negeri Perlis yang menyelerakan.




Barisan sambal dan ulam2an

Jika memandu dari Mata Ayer Homestay, inilah sudut pandangan restorannya.



Tempat letak kereta di sebelah restoran, sentiasa penuh, hanya lengang pada pukul 4 petang.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews