Tuesday, December 1, 2009

Transit sebelum ke Langkawi


LIMA 2009 di Langkawi bermula dari 1 - 5 Disember 2009. Homestay Mata Ayer mengalu-alukan kedatangan pelawat2 ke Pameran Udara dan maritim antarabangsa tersebut dengan menawarkan lawatan ke Langkawi berbajet murah, iaitu bermalam di homestay2 kami, pada awal pagi, kami sedia menghantar dan menjemput tetamu2 di jeti Kuala Perlis untuk lawatan sehari ke Langkawi.

Kedudukan Homestay memberikan satu kelebihan kepada tetamu yang datang daripada Highway Changlun Kuala Perlis. Apabila tetamu keluar dari Highway melalui exit bandar Arau, terus melalui jalan besar ke Kangar, di persimpangan lampu isyarat ke Mata Ayer, tetamu hanya perlu belok sedikit sahaja ke pekan Mata Ayer, dan terus parkirkan kenderaan di situ, selebihnya pihak Homestay akan menyediakan kenderaan mengangkut tetamu ke Kuala Perlis pada awal pagi keesokannya.

Kenderaan tetamu boleh di parkirkan di sekitar kawasan homestay dan ia lebih terjamin. Kumpulan Homestay Mata Ayer boleh menjadi transit untuk ke Langkawi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Total Pageviews